Program : Bimbingan Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

7 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

PEDi Changkat Jering telah didatangi oleh Cik Salwani yang ingin mendapatkan bimbingan cara permohonan kebenaran berkahwin online. Kakitangan PEDi telah membantu Cik Salwani dalam membuat pendaftaran permohonan kebenaran berkahwin secara online melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Pengalaman yang ada pada staff PEDi sedikit sebanyak dapat membantu Cik Salwani dalam mengisi borang tersebut. Pihak PEDi juga telah memberi bimbingan mengenai beberapa perkara yang perlu dilakukan termasuk membuat ujian HIV di klinik berhampiran serta mendapatkan beberapa dokumen yang diperlukan untuk proses pernikahan berjalan dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali